Replying to @norawr27 11 MEI 25: Pengarah Perhilitan Perak, Yusof Shariff berkata, ibu gajah tersebut akan dilepaskan semula ke habitat semula jadi yang sesuai dan selamat. Video Tular: DM Kredit. #gerik #anakgajah #gajah #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok
30 MEI 25: Mangsa yang maut merupakan 2 wanita dan seorang lelaki. Pemandu bas cedera ringan manakala 45 penumpang bas ekspres terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. 📍Kampung Sungai Sam, Kuala Krai. Video Tular: DM Kredit #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #myvibiru #basekspres
Replying to @your_bungaaaa12 MEI 25: Rakaman dashcam sejurus anak gajah dilanggar lori ayam. 📽 milik @longwan5 #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #gajah #anakgajah #gerik
20 APR 25: Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, dalam kemalangan yang berlaku sekitar pukul 4.10 pagi itu, mangsa seorang lelaki berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. “Kemalangan berlaku apabila Perodua Axia yang datang dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Jalan Kim Chuan dilanggar sekumpulan penunggang motosikal dari arah bertentangan yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah. "Dua lagi mangsa mengalami kecederaan serius dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Video Tular: DM Kredit. #klang #accident #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok
Replying to @nurdayanadiana11 MEI 25: Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, setiba di lokasi kejadian pemandu terlihat seekor gajah dewasa berada di bahu jalan (arah Jeli ke Gerik) sedang makan. “Melihat keadaan selamat pemandu tersebut meneruskan perjalanan sebelum secara tiba-tiba seekor anak gajah keluar dari sebelah kiri hutan lalu melintas jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, disebabkan jarak yang terlalu hampir, pemandu gagal memberhentikan kenderaan lalu melanggar anak gajah sehingga mati. Video Tular: DM Kredit. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #gajah #anakgajah
29 APR 25: Sekecil atau sebesar mana tindakan kita, yang penting ikhlas 😁. 📍Sungai Besi. 📽 milik @jimscarterr #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #sejadah #kainsolat
10 APR 25: Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mandoi berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan pemandu kereta jenis Perodua Bezza dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Muadzam Shah. Mangsa, Maryam Nabilah Muzammil, 26, yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bukit Serok, Muadzam Shah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 📍 Kilometer 104, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Ladang Teh Dara. Video Tular: DM Kredit. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #bezza #accident
2 APR 25: Antara kerosakan harta benda yang dialami penduduk, kira² 100 meter dari lokasi kebakaran paip gas di Putra Heights yang dirakam hari ini. 📽 Abd Razak Aid/UtusanTV. #paipgas #salurangas #putraheights #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia
9 MEI 25: Harap² semua okay, kejadian dikatakan berlaku di Gelang Patah Sentral. Video Tular: DM Kredit. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #axia #lori
9 MEI 25: Buaya seberat 300kg sepanjang 3 meter itu merupakan reptilia kedua ditangkap selang beberapa hari di kawasan sama. Turut ditemui 50 biji telur. 📽 milik Nur Muhammad. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #buaya #buayabatupahat
1 APR 25: Perkara itu disahkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan, sebentar tadi. Komander Operasi, PBK I KUP Mohamad Fadhil Buari melaporkan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas Petronas yang dianggarkan sepanjang 500 meter. Video Tular: DM Kredit. #putraheights #petronasterbakar #salurangas #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia
26 APR 25: Terima kasih kepada abam² sado yang sudi membantu. Kepada pemandu Axia didakwa seorang wanita, jangan susahkan orang lagi lepas ini. 📍Putra Heights. 📽 milik @alianadhierah #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #doublepark
10 APR 25: Dua nyaris maut selepas kereta BMW yang dinaiki terjatuh dari lebuhraya setinggi 5 meter yang masih dalam pembinaan di Tol Krian-Gresik di Indonesia. Memetik laporan Kompas.com, dalam kejadian tular itu, sebuah BMW dilihat 'terbang' dari arah kiri jalan sebelum terjatuh ke pembahagi jalan, pada pukul 10 malam, Sabtu lalu. Menerusi rakaman kamera litar tertutup di Jalan Dr Wahidin Sudirohusodo yang sibuk dengan kenderaan secara tiba-tiba sebuah kereta BMW meluncur jatuh ke bawah. Ketua Polis Gakkum Satlantas Gresik, Ipda Aswoko berkata, kejadian berlaku ketika pemandu BMW mengikuti arahan navigasi Google Maps sehingga masuk ke jalan tol yang belum siap. "Pemandu Moch Rudie Herru Kuncino, 61, dan penumpang Endang Sri Wahyuni, 47, dalam keadaan selamat mengalami kecederaan ringan. "Mangsa telah dibawa ke Hospital Wilayah Ibnu Sina Gresik bagi pemeriksaan lanjut," katanya. Video Tular: DM Kredit. #bmwterbang #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #indonesia
Replying to @alr_hanzquest 1 APR 25: Bomba selamatkan 7 orang, tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini. Video Tular milik @nurulainsyafiqah92 #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #salurangas #petronasterbakar #putraheight
16 APR 25: Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki Melayu pada pukul 7.24 malam tadi. Beliau berkata, pengadu menyatakan terdapat satu video yang dikatakan berkait dengan diskriminasi kaum ekoran daripada video yang dimuat naik oleh salah seorang pelajar UiTM Dengkil. "Video tersebut dipercayai hasil daripada tugasan pelajar UiTM bagi subjek Contemporary Global and Legal Issues yang mana tugasan dibuat berkaitan Klu Klux Klan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. #uitmdengkil #pdrm #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp
Replying to @mohdshahril097 . Bayangkan anggota bomba yang bertugas di lokasi ketika bahang panas bagi mencari mangsa² kebakaran paip gas di Putra Heights semalam. 📽 milik @zulsidek93 #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #putraheights #salurangas #paipgas
Replying to @sahs1686 13 MEI 25: Berikut wajah-wajah perwira negara yang terkorban dalam nahas FRU dikeluarkan oleh PDRM. 1. Sarjan S Perumal, 44 tahun. 2. Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46 tahun (meninggal dunia di zon merah Hospital Teluk Intan). 3. Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41 tahun. 4. Koperal Nurit Ak Pandak, 34 tahun. 5. Koperal Amiruddin Zabri, 38 tahun. 6. Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38 tahun. 7. Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35 tahun. 8. Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33 tahun. 9. Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28 tahun. #telukintan #nahasfru #FRU #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok