Sebab ramai yang nak tahu kan!? Kita tanyakan. Dan semua pasti faham pendirian Datuk Seri Aliff Syukri seisi keluarga memang otak bisnes! Lebih lapan tahun diami mahligai 28 buah bilik, Aliff maklumkan dia memperuntukkan sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan untuk menampung pelbagai kos tetap termasuk bil elektrik dan selenggara kolam renang. Ia termasuk membayar gaji 12 pekerja yang terdiri daripada pembantu rumah, pembantu peribadi dan pengawal keselamatan. Nganga kita hat dengar pun! #MHnews #MediaHiburan #FYP
Mahal betul momen ni. Dah lama tak nampak Adam AF buat persembahan di konsert besar. Terus teringat zaman Adam di AF dulu. #MHnews #MediaHiburan #KRU #GenKRU
Lain pasangan lain caranya, pelakon filem Gantung Musketeer Cose Ikmal Amry mempunyai cara tersendiri dalam mengekalkan hubungan harmoni bersama isteri, Najla Shamsul. Jelas bapa kepada dua cahaya mata ini, sejak menjalin hubungan cinta lagi dia sentiasa tersebuka dan memberi keizinan kepada Najla untuk ‘godek’ mesej peribadi yang diterimanya di telefon. Kata juara Who’s Your Bro ini lagi, kalau tak buat salah apa nak takut?! Such a gentleman indeed 😍 #MHnews #MediaHiburan #FYP
Berakhirlah sudah drama Pabila Dia Tersenyum. Antara drama yang sedang hangat diperkatakan dan viral di media sosial. Gandingan Amir Ahnaf, Adam Lee dan Alya Iman memang menjadi. Watak Datuk Zulkifli yang dibawakan oleh pelakon berpengalaman, Rushdi Ramli juga berjaya buat penonton geram. Tahniah diucapkan buat seluruh tenaga kerja drama Pabila Dia Tersenyum. #MHnews #MediaHiburan #pabiladiatersenyum
Hampir tujuh tahun berlalu, budak ‘Serbuk Arang Gigi…’ Ammar Ahyan sudah genap 17 tahun. Cepat betul masa berlalu. Bapanya, Datuk Seri Aliff Syukri beritahu anaknya tahu sedutan klip itu viral hanya selepas dua tahun! #MHnews #MediaHiburan #FYP
Selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa setahun, pelakon Bella Dowanna mengakui banyak pihak yang cuba mendekati dirinya. Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya, Qystinna Istajibilla Dowanna Halim memaklumkan dia kini hanya mahu memberikan fokus terhadap kerjaya dan tidak terlalu memikirkan tentang pasangan hidup. #MHnews #MediaHiburan #BellaDowanna
Wow, kemunculan istimewa kumpulan Elite di Konsert GenKRU. Girl group legend ni. Lagu-lagu Elite masih malar segar sehingga hari ini. #MHnews #MediaHiburan #GenKRU #KRU
Sedutan anak lelaki Siti Nursairah Tarudin, Amad Dayyan menyanyi lagu Seribu Kemanisan duet bersama empunya lagu yang juga ibu saudaranya, Siti Nurhaliza. Cepat masa berlalu, lagu yang digubah oleh Zulkefli Majid dan Azlan Abu Hassan ini adalah antara single daripada album Pancawarna yang dilancarkan lebih 26 tahun dulu… 😍 #MHnews #MediaHiburan #FYP
Pengacara dan anggota 4U2C, Datuk AC Mizal akui agak kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan artis, Ajai berkaitan isu hak cipta lagu-lagu yang akan dibawakan oleh kumpulan hip hop tersebut di penganjuran WE 4U2C Live in Concert, September depan. Menurut AC, kenyataan tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada kreadibiliti mereka dan perjalanan konsert tersebut. #MHnews #MediaHiburan #4U2C
Cantiknya Scha Elinnea & Zizi Hazirah. Kedua-dua pelakon jelita ini dilihat hadir bersama di acara Malaysian Bridal Fashion Week yang kini sedang berlangsung di Astana Hall, Bamboo Hills. #MHnews #MediaHiburan #schaelinnea #zizihazirah
Aktres Nora Danish buat preloved koleksi kasut berjenama yang jarang dipakainya. Dia pada masa sama turut selitkan ilmu mengenai neraka khas untuk si pengumpat & pengkeji. Sharing is caring, moga bermanfaat. Perkongsian itu dikongsikan Nora menerusi Instagram Story, hari ini #MHnews #MediaHiburan #FYP
Usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM setakat ini tidak mahu meletakkan harapan besar kepada anak-anak untuk meneruskan legasi bisnes yang diusahakan bersama keluarga. Menurutnya sebagai seorang ibu, dia lebih selesa terbuka dengan membiarkan anak-anak memilih laluan hidup mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. Namun begitu, Kak KM tetap percaya setiap ibu bapa pasti punya perancangan dan pendekatan masing-masing. Dia sendiri menghormati cara didikan para penjaga lain dan yakin apa pun pendekatan yang diambil, semuanya berlandaskan satu tujuan yang sama iaitu untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang. #MHnews #MediaHiburan #FYP
Wow 🔥 Syasya Rizal sampai ke China pun masih ‘pum pang’ live depan orang ramai, memang mendonia! 👏🏼 Selamber je ibu beranak satu ini hiburkan pengunjung secara spontan kat lokasi awam di sana 💪🏼 #MHnews #MediaHiburan #FYP
Persembahan istimewa Ella di majlis pelancaran Galeri Rockqueen bertempat di Denai Alam, Shah Alam. Suara ratu rock tetap maintain. Showmanship memang onz. Terpaku para penonton bila tengok Ella perform🥰. #MHnews #MediaHiburan #Ella
Onz! 🥰🔥Sedutan persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyampaikan lagu ‘Es Lilin’ dengan gaya tersendiri di Konsert The Next Wave di Singapura malam tadi. Merah menyala dalam persalinan pereka Ezuwan Ismail (IGs; putrarudy90) 🙏🏼♥️ #MHnews #MediaHiburan #FYP
Cantiknya! Fasha Sandha jumpa sahabat, terbang ke Bali hadiri majlis raja sehari Luna Maya & Maxime Bouttier. Momen indah itu dikongsikan aktres ini menerusi Instagram Story, malam tadi ♥️ #MHnews #MediaHiburan #FYP
Anak yang hebat! Tak hairanlah sekiranya kecemerlangan akademik & sahsiah dua ‘hero’ pelakon Rita Rudaini sering menjadi sorotan warganet. Rupanya begini cara belajar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15. Ramai yang memuji dan tak kurang ibu bapa yang turut berkongsi pengalaman melihat pengorbanan anak dalam mengulang kaji pelajaran. Moga misi kecemerlangan anak-anak muda kita terus dipermudah, amin! #MHnews #MediaHiburan #FYP
Belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata, pelakon Adam Lee akui dia dan isteri yang juga aktres, Sweet Qismina kini reda dengan perancangan Allah SWT. Menurut Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, sewaktu di awal perkahwinan, dia mudah terasa dan sering tertanya-tanya mengapa mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. #MHnews #MediaHiburan #AdamLee
Alahai sweet betul persembahan Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah. Hael sempat sentuh dagu Dayang lagi tu. Satu Stadium Miri blushing tengok mereka berdua ni. Ada sesuatu ke agak-agak? #MHnews #MediaHiburan #FYP
Pengacara dan anggota 4U2C, Datuk AC Mizal menyerahkan segala urusan hak cipta lagu mereka kepada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) untuk menyelesaikan segala perkara berbangkit bersama komposer, Man Senoi. Menurut AC, 4U2C tidak mahu berjumpa dengan Man Senoi kerana dia yang menjadi punca kumpulan tersebut berpecah satu ketika dahulu. #MHnews #MediaHiburan