Hanya kerana ditegur ponteng kelas Pendidikan Jasmani, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun bertindak menumbuk dan mengugut gurunya di sebuah sekolah dalam daerah Kajang. #BuletinTV3 #PontengKelas #TumbukGuru #UgutGuru
Tiga maut manakala 12 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sekumpulan penunggang motosikal dekat Kilometer 262 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira jam 2.30 pagi tadi. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof yang dihubungi Buletin TV3, kemalangan dipercayai berlaku selepas kumpulan membabitkan 13 motosikal bergesel sesama sendiri, sebelum terbabas. #BuletinTV3 #NahasMotosikal #PLUS #Bergesel #KemalanganMaut
Langit negara haram Israel terus 'bermandikan' cahaya susulan serangan peluru berpandu bertali arus dari Iran. #BuletinTV3 #konflikasiabarat #iran #israel #perang
SARA Untuk Semua | Bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos setiap warganegara berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). #BuletinTV3 #SARA #Harikebangsaan
Peguam mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan video seorang wanita mendakwa kononnya pelajar berusia 13 tahun itu dimasukkan dalam mesin basuh hanya spekulasi. #BuletinTV3 #Keskematian#ZaraQairina
Seorang wanita warga emas tidak menyangka akan bertemu jodoh buat kali pertama pada usia 77 tahun, dan insan istimewa itu pernah dikenalinya lebih 50 tahun dahulu. #buletintv3 #jodoh #cinta sejati#beritatiktok
Polis mengesahkan motif seorang penganggur membunuh isterinya di Bukit Gambir, Tangkak Isnin lalu berpunca masalah keluarga. #BuletinTV3 #KesBunuh #Jenayah #Suamikelaristeri
Situasi di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, Sipitang, susulan kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan digali semula. #BuletinTV3 #Sabah #ZaraQairina #Sabah #JusticeforZara #Stopbullying
TERKINI | Proses gali semula kubur Zara Qairina selesai dan jenazah Allahyarham dibawa keluar kira-kira jam 7.38 malam tadi. Peguam keluarganya, Hamid Ismail memaklumkan proses bedah siasat jasad Allahyarham akan dilakukan jam 9 pagi esok di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu. Beliau berkata, proses pengalian bermula jam enam petang berakhir sekitar satu jam setengah kemudian, sebelum jasad dibawa keluar dari tanah perkuburan.
Gara-gara cemburu kerana masih menyimpan gambar bekas kekasih, seorang pelajar lelaki dibelasah sembilan rakan sekolahnya akhir Mei lalu. #BuletinTV3 #PukulPelajarLelaki #SimpanGambarBekasKekasih #Reman9Pelajar #RakanSekolah #KesBuli #JenayahSekolah #BeritaTerkini #BuletinTV3 #IsuSemasa #PolisMalaysia
Seorang pekerja kedai tayar maut selepas kepalanya terhentak pada tayar yang meletup ketika diisi angin di sebuah premis di Keningau, Sabah petang semalam. #BuletinTV3 #Keningau #PekerjaMaut #TayarMeletup #InsidenTempatKerja
Negara tergamam dan bersedih atas pemergian 15 penuntut UPSI akibat kemalangan awal pagi tadi suatu tragedi nasional yang sekali lagi mencetuskan pelbagai persoalan mencakupi keselamatan jalan raya. #BuletinTV3 #kemalangan #UPSI #Tragedi
Satu kebakaran dilaporkan berlaku berpunca daripada suis soket di wad zon merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Menurut Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM) Selangor, tiada mangsa dilaporkan cedera. Berita lanjut menyusul. #BuletinTV3 #kebakaran #HTAR #Klang #beritaterkini
Jenazah Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, selamat tiba di Jabatan Radiologi Hospital Queen Elizabeth jam 10.30 malam tadi. #BuletinTV3 #TV3 #ZaraQairina #Jenazah #Kematian
Jabatan Peguam Negara mengarahkan kubur Zara Qairina Mahathir digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar Tingkatan 1 itu. #BuletinTV3 #justiceforzara #zaraqairina
15 maut dalam kemalangan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Jeli-Gerik berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi. #BuletinTV3 #Tragedi #UPSI
Pasangan suami isteri Diyana Tahir dan Rahim Shukor yang merupakan pengasas bersama syarikat berkaitan program motivasi, eHati ditahan polis siang tadi. #BuletinTV3 #EHati #PengasaseHati